Kisah Betul 1

PART ONE....
     
Perjalanan atas bas ekpress ke Kota Bharu pagi itu macam pagi-pagi yang lain tiada apa-apa yang luar biasa. Cuma dia selalu lambat untuk sampai ke terminal sungai Nibong macam kebiasaan tabiatnya. Pakcik pemandu bas tarik muka masam, tambahan pula baru je kena saman JPJ, pintu kecemasan tak boleh dibuka. Sial apa pula seranah pakcik tu, sebelum ni tak ada apa-apa masalah pula. Sekarang musim kemalangan bas ekpress, JPJ buat pemeriksaan. Ada salah atau benda yang tak kena, jawabnya pemandu baslah yang kena. Marah betul pakcik bas tu, tiap kali singgah mana-mana terminal pemeriksaan yang sama kena buat. Marah dia dengan JPJ, marah dengan penguatkuasa yang baru tu, marah dia dengan kerajaan. Terdetik dihati hendak ‘balas dendam’ bila pilihanraya nanti. Kemalangan bukan kita yang pinta,kita hati-hati orang lain pula yang tak berhati-hati getus hatinya.


      Tempat Adi betul-betul belakang pakcik pemandu bas tu. “ ni kenapa lambat, nasib baik tak kena tinggal, orang nak cepat. Bas ni bukan kita seorang punya”. Bebel pakcik tu. Sambil hulur tiket Adi sopan jawab “lima minit je pakcik..bukan lama sangat pun”. Tiket bas direntap kasar, “ lima minit ke,satu jam ke benda tu tetap lambat “. Malas Adi nak layan orang tua tu, diambil semula tiketnya terus cari tempat duduk. Dua tiga orang penumpang menjeling, ada yang buat tak kisah. Ada juga yang berbisik sesama sendiri. Pemuda dekat sebelah tempat duduknya buat tak kisah, mata masih kat luar tingkap. Ada gadis muda tengah lambai-lambai tangan, kekasihnya barang kali teka Adi. Dilepas penat lelah kejar bas tadi kat kerusi empuk, malas dia nak tegur penumpang sebelah. Nanti bila ditegur banyak pula benda nak dibualkan, jalan paling selamat terus pejamkan mata. Bukan sombong atau tak berbudi bahasa tapi Adi mabuk dan pening-pening kalau tidak terus tidur. Jalan yang dilalui berbukit dan bengkak-bengkok. Boleh termuntah dibuatnya.

END OF PART TWO..

   Baru dia nak lelapkan mata telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. “Nanti sampai jangan lupa SMS, moga selamat sampai” dari buah hati tersayang, Shuhada. Pantas ditekan-tekan kekunci telefon bimbit membalas mesej yang diterima. Masuk tahun ini hampir tiga tahun Adi berkasih-kasihan dengan Shuhada. Gadis senegeri yang belajar bersama dengannya. Comel lote dan baik hati, memang dia hendak jadikan bakal isterinya kalau ada jodoh. Telefon yang dia gunakan sekarang pun pemberian dari Shuhada. Tidak lama dulu, di pagi jumaat yang hening telefon bimbitnya dicuri orang, masa tu belum sempat lagi dia bangun kerjakan subuh gajah. Sedar-sedar telefon bimbit yang diletak dekat dikepala yang turut berfungsi sebagai jam loceng sudah ghaib dikebas orang. Manusia jahanam manalah yang panjang sangat tangan mencuri telefonnya. Pelik memikirkan dalam kalangan orang bijak pandai di universiti pun terdapat orang ‘terlebih bijak’ menjadi pencuri profesional begini. Jahanam duit PTPTN yang diguna beli telefon bimbit tersebut. Adi hidup tiga,empat hari tanpa telefon bimbit. Mungkin kerana rindu atau terasa susah hendak menghubungi Adi, Shuhada senang hati membeli telefon terpakai untuk diberi pada Adi.

END OF PART TWO


Related Posts with Thumbnails